|
FELDA KERATONG SATU
Kawasan gugusan Bandar Tun Razak terdiri daripada Rancangan Felda keratong satu, dua, tiga, empat dan lima. Rancangan Felda Keratong Lokasinya Mukim Keratong, daerah Rompin dan Wilayah Felda Wilayah Kuantan. Rancangan Felda ini di bangunkan pada 1972/1973. Bandar yang terdekat bandar Muadzam Shah, DUN Bukit Ibam, Parlimen Rompin, Nama Adun sekarang Dato Hj. Mohd Saferi manakala nama wakil Parlimen adalah Dato Hj. Jamaluddin b. Jarjis. Nama Penghulunya Encik Haji Darus b. Daud. Pengurus Felda keratong satu Encik Jamal b. Rosmin. Terdapat 26 Blok di felda ini.
Terdapat kemudahan asas seperti bekalan air dan letrik juga telefon. Di felda keratong satu juga terdapat kemudahan Pendidikan iaitu Tadika, Sekolah Kebangsaan LKTP Keratong Satu, Sekolah Agama Rakyat Keratong satu. Selain itu terdapat Klinik Desa. Masjid di Felda ini dikenali Masjid Jamek Keratong Satu. selain itu Bangunan JKKR juga terdapat di felda ini. Kawasan Rancangan ini mempunyai BalaiRaya dan Bilik Bacaan Rancangan sendiri. Dewan Mesyuarat juga ada juga terdapat bilik gerakan.
BILANGAN PENEROKA MENGIKUT KAUM
|
1.
|
MELAYU
|
653
|
|
2.
|
INDIA
|
4
|
|
3.
|
CINA
|
1
|
|