|
Belia merupakan masyarakat pelapis yang bakal menjadi salah seorang pemimpin, maka dengan itu adalah penting bagi mereka untuk menjadikan matlamat negara satu kenyataan. Setiap belia negara perlu dibekalkan bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan malah juga sifat kepimpinan dalam membina jatidiri yang mantap. Dalam memberi motivasi kepada mereka, pihak kerajaan mahupun swasta banyak menyediakan agenda-agenda positif yang boleh membawa mereka ke arah matlamat 'Belia Tonggak Negara'.
Keahlian belia di JKKK Desa Perdana lebih kurang 160 orang. Kebanyakan belia JKKK Desa Perdana terdiri daripada para pelajar. Aktiviti mereka banyak tetumpu pada kesenian seperti aktiviti bermain kompang dan silat.
|
BELIA ( BANDAR TUN RAZAK)
| KEJAYAAN utama persatuan telah menarik minat remaja menceburi aktiviti yang dijalankan.Disamping itu kejayaan yang diperolehi juga dapat melahirkan individu yang lebih bermotivasi, berwawasan untuk maju kehadapan hanya berpandukan dorongan tanpa mengira pandagan masayarakat. Kerjasama kata sepakat menjadi peranan penting di setiap mana-mana pertubuhan di setiap kejayaan pasti ada kesukaran dan disetiap kesukaran pasti ada penyelesaian disitu datangnya kebolehan.Tarikh Penubuhan belia keratong satu pada 27/02/2000, Bilangan ahlinya seramai 53 Orang. Yuran dikenakan sebanyak RM 3 setahun bagi golongan muda yang mahu menjadi ahli. |
<> >
|
TUJUAN PENUBUHAN
Kelab Belia ini adalah untuk Menerapkan dikalangan remaja yang berusia dari 12 tahun hingga 17 tahun menyertai persatuan kelap ini.Selain itu kelab ini Cuba mengekalkan kesinambungan seni tradisi melayu misalnya seni mempertahankan diri "SILAT CEKAK TERLAK". Kelab ini juga memberi pendedahan untuk mengetahui cara remaja moden menilai dan menghayati corak pertubuhan menjalankan aktiviti yang mungkin baru diperkenalkan di arena serba moden ini dalam era yang kian pesat membangun. Bukan itu sahaja kelab bertujuan Merapatkan sesama remaja melayu atau bukan melayu berkumpul terutama remaja di kawasan luar Bandar untuk menjayakan sesuatu aktiviti itu perlu dijayakan termasuk mana-mana anjuran dan bukan untuk kepentinga individu sahaja.
AKTIVITI yang dijalankan ialah mengadakan persembahan SILAT CEKAK TERLAK di Dewan Besar Muadzam Shah, Dewan Bandar Tun Razak dan juga di Chini.Selain itu juga dijemput untk persembahan pada majlis perkahwinan di gugusan Bandar Tun Razak ini. selain itu aktif dalan sukan BOLA SEPAK, Aktiviti GOTONG ROYONG juga dijalankan seperti membersihkan kawasan pejabat felda. Aktiviti PERKHEMAHAN juga dijalankan seperti di Pesta Pantai Rompin selama 4 Hari 3 Malam. Mengadakah LAWATAN di Melaka Bandar Bersejarah serta JUNGLE TRACKING di Gunung Ledang untuk menguji kekuatan dari segi mental fizikal.
IMPAK penubuhan kelab dapat mencegah golongan remaja mengikuti aktiviti yang kurang berfaedah dan Menjauhkan jurang pergaulan bebas orang dewasa yang boleh meracuni minda remaja. Secara tidak langsung,menerapkan remaja ini dengan nilai-nilai negatif. Membolehkan mereka berfikiran positif dan sentiasa ingin memajukan diri apabila ketua yang menjadi tunjang kelab memberikan semangat apatah lagi ketua kepada kelab ini adalah seorang Guru.
|
AKTIVITI-AKTIVITI BELIA
|