|
|
Pusat Internet Desa Kini berwajah baru. Kini pid masih menjalankan aktiviti seperti kelas intensif untuk lepasan spm, stpm, belia, wanita, usahawan, kakitangan awam, warga emas. PID bukan sahaja mempunyai ahli PID tetapi mengendalikan kelab usahawan sosial untuk usahawan dan bakal usahawan.Kali ini pid bertambah peranannya iaitu menjadi pusat tuisyen melalui komputer dengan program AGE. seramai 20 orang pelajar telah di pilih iaitu 10 orang dari sekolah menengah dan 10 lagi dari sekolah rendah.
|
WAJAH HADAPAN PID KINI
 |
 |
|
RUANG LUAR PID
|
RUANG DALAM PID
|
Nadi penggerak utama program ini adalah ahli-ahli jawatankuasa Pusat Internet Desa (PID) yang dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosi dan memperkenalkan matlamat dan objektif PID kepada masyarakat setempat. Mereka dilatih untuk menggunakan komputer dan melayari internet oleh pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sebagai langkah permulaan untuk memperkenalkan era teknologi maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT yang disediakan kepada komuniti seterusnya memperkenalkan tempat mereka kepada dunia melalui pembangunan laman web. Dengan ini matlamat program PID untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar akan tercapai. Kini Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyambung matlamat ini. Peranan PID semakin meluas dalam masyarakat dengan menyedia kemudahan tuisyen kepada murid dan pelajar sekolah dengan program tuisyen melalui komputer iaitu AGE.
|