Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup.
Dalam pengertian yang umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks dan mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Di kawasana Bandar Tun Razak terdapat permainan silat, kompang, ghazal dan sebagainya. Selain daripada itu jenis pakaian juga terdapat disini apabila sesuatu majlis perkahwinan diadakan. Berbagai-bagai jenis pakaian yang dipakai pengantin sewaktu majlis tersebut. Pasukan kompang di kawasan ini terdiri daripada golongan belia dan pelajar-pelajar sekolah
Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang tidak begitu asing lagi bagi masyarakat malaysia. Di kawasan Bandar Tun Razak ini juga terdapat seni mempertahankan diri. Pasukan silat ini banyak disertai oleh golongan belia. Selain daripada seni mempertahankan diri silat ini juga dipersembahkan di dalam majlis perkahwinan masyarakat di sini. Pelbagai jenis silat yang dipersembahkan oleh mereka untuk memeriahkan lagi majlis yang diadakan. Selain daripada itu terdapat juga pakaian tradisional yang di pakai pada majlis perkahwinan oleh pengantin. Pakaian tradisional ini hanya dipakai pada majlis perkahwinan sahaja.
|
Kebudayaan dan Kesenian yang terdapat di kawasan Bandar Tun Razak.
|