|
|
JABATAN PERTAHANAN AWAM
Jabatan Pertahanan Awam ini merupakan salah satu jabatan keselamatan yang terdapat di kawasan Bandar Tun Razak.
Pelbagai peringkat umur yang menyertai Jabatan Pertahanan Awam ini. Kebanyakkannya adalah dari golongan remaja. Lagi.....
VISI
Menjadikan Pertahanan Awam Agenda Negara Dan Peneraju Pengurusan Bencana Demi Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.
MISI
Menjadikan Organisasi Yang Berwibawa Menerusi Penglibatan Rakyat Dalam Program Pertahanan Awam.
OBJEKTIF
1) Mengambil langkah-langkah dan melaksanakan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan demi pembangunan negara.
2) Menjadi sebuah agensi penyelamat utama bagi melindungi rakyat dan harta benda dari bencana.
3) Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pertahanan awam.
4) Menggalakkan penglibatan rakyat dalam segala aktiviti pertahanan awam.
5) Bekerjasama dengan semua pihak di dalam melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam.
|
FUNGSI
1) Menggubal dan melaksanakan dasar pertahanan awam selaras dengan kehendak semasa.
2) Mengurus Angkatan Pertahanan Awam yang terlatih, cekap dan berdisiplin.
3) Menyelamat mangsa dan harta benda semasa bencana.
4) Melaksanakan khidmat kecemasan yang cekap, berkesan dan mesra rakyat melalui talian 991 di seluruh negara.
5) Mendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan pertahanan awam.
6) Merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti khidmat sokongan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.
7) Menjalin hubungan dan kerjasama dalaman dan antarabangsa dalam konteks Pertahanan Awam.
|