|
Terdapat Tempat menarik yang berhampiran dengan Bandar Tun Razak Iaitu
Hutan Simpan Endau Rompin Kawasan ini terletaknya di Rompin. iaitu 45 km. Hutan ini bersifat Mesra Alam. Kebanyakan pengunjung yang datang adalah terdiri daripada mereka yang minat untuk mengenali alam sekitar Flora dan fauna. Di situ juga di jalankan aktiviti perkhemahan. Begitu juga dengan Hutan Simpan Lesung. Air Terjun Pancing, Kuantan. Terletak di Kuantan. Iaitu bandar besar di negeri Pahang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Bandar Tun Razak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan disana. Tempat ini biasa dikunjungi tidak kira sama ada, musim persekolahan mahupun cuti persekolahan.
Jika mereka yang datang ke Bandar Tun Razak, Kebanyakan tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan di Medan selera. Terdapat 12 Kedai makanan, yang di buka dari pukul 5.00 petang sehingga 1 pagi. Terdapat pelbagai hidangan makanan, seperti Sate, Yong Tau foo, makanan berasaskan mee, juga pelbagai makanan laut yang di bakar.
Selain itu, kini telah di buka sebuah kolam untuk para pengemar pancing. Kawasan tersebut di kenali sebagai UNDERTAKER. kawasan kolam di hiasi dengan kain bendera kecil. Ia diusahakan oleh peneroka felda keratong 4. Sambutan amat menggalakkan dari semua golongan. Terutama waktu musim cuti. Ia nya di buka dari pukul 9.00 pagi sehingga 12 malam.
|