|
Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong (SMKK)
Sekolah Menengah Keratong ditubuhkan pada tahun 1981 dengan jumlah pelajar seramai 380 orang (ting 1) dan 17 orang guru. Terdapat 2 buah bangunan 2 tingkat dan 1 bangunan untuk kantin. Pengetua pertama ialah En.Zamri bin Omar.
Dari segi kemudahan prasarana , kawasan ini masih baru dibuka oleh itu bekalan elektrik hanya 7.00 malam hingga 7.00 pagi sahaja dan tiada talian telefon. Sekolah ini hanya satu sesi sahaja sehinggalahpada tahun 1984. Pada tahun 1985, 2 buah bangunan gotong royong telah dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dengan cepat,ini kerana kawasan sekolah terletak dalam kawasan tanah rancangan FELDA. Ekoran daripada penambahan pelajar berkenaan sekolah telah dipecahkan kepada 2 sesi.
Pada tahun 1987,sekolah ini mula mengeluarkan pelajar tingkatan 5 (Calon SPM ). 1988 - 2 buah bangunan tambahan dibina bagi menampung keperluan aliran sains untuk mengah atas (tingkatan 4&5). Pada tahun 1991 - bilangan pelajar adalah paling tinggi iaitu seramai 2,700 orang dan berkurangan kepada 2,500 orang pada tahun seterusnya.
Oleh itu pada tahun 2000 sebuah lagi sekolah menengah kebangsaan Bandar Tun Razak (SMKBTR) dan pada tahun 2001 sekolah SMKK kembali kepada satu sesi. Dengan jumlah pelajar seramai 1,500 orang dan 74 orang guru.
|